Thursday, 28 February 2013

Kekosongan Jawatan ADW Marketing Sdn Bhd (2013)

Assalamualaikum...

Untuk makluman anda di luar sana, ADW Marketing Sdn Bhd sedang mencari beberapa orang yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat ini. Jika anda berminat bolehlah cuba ya.


  1) Eksekutif Pemasaran 
      Kelayakan: 
  •  Diploma/Degree dalam bidang yang berkaitan. 
  •  Graduan juga boleh memohon. 

  2) Eksekutif Jualan 
      Kelayakan: 
  •  Kelulusan minima adalah SPM, 
  •  Sekurang-kurangnya setahun pengalaman dalam bidang jualan. 

  3) Eksekutif Akaun 
      Kelayakan: 
  •  Diploma/Degree dalam bidang Perakaunan, 
  •  Mahir menggunakan UBS, 
  •  Graduan juga digalakkan memohon. 


  4) Pemandu Lori 
      Kelayakan: 
  •   Wajib mempunyai lesen GDL YANG SAH, 
  •   Berumur 25-40 tahun, 
  •   Kelayakan minima PMR/SRP, 
  •   Boleh membaca dan menulis (sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu) 
  •   Mesti mempunyai sikap mesra pelanggan. 


  5) Operator Pengeluaran 
      Kelayakan: 
  •  Kelayakan minima adalah SRP/PMR, 
  •  Berumur 18 tahun dank e atas, 
  •  Mestilah boleh membaca dan menulis (Sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu) 
  •  Boleh bekerja lebih masa. 


6) Penyelia Kilang 
    Kelayakan: 
  •  Kelayakan minima adalah SPM/SPMV, 
  •  Berumur 25 tahun dan ke atas, 
  •  Berpengalaman dalam mengendalikan mesin, 
  •  Mesti mempunyai sikap kepimpinan, 
  •  Boleh bekerja lebih masa. 


  7) Operator Mesin 
      Kelayakan: 
  •  Kelayakan minima adalah SPM/SPMV, 
  •  Berpengalaman dalam mengendalikan blowing machine, 
  •  Boleh bekerja secara shift, 
  •  Berumur 21 tahun dank e atas. 


        Sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami di talian 09-6161180. Boleh isi borang ni dan kemudian boleh email/ pos/ hantarkan sendiri ke alamat: 

              ADW MARKETING SDN BHD, 
              LOT PT 3069, TERENGGANU HALAL PARK, 
              KAWASAN PERINDUSTRIAN CHENDERING, 
              21080 KUALA TERENGGANU, 
              TERENGGANU 
              E-mail:  adwmktg@yahoo.com

Sunday, 24 February 2013

Produk ADW Marketing Sdn Bhd

Assalamualaikum... Mari kita intai-intai produk yang dikeluarkan dan dijual oleh ADW Marketing Sdn Bhd jommm....

ADW, Crystal Clear HALAL Drinking Water just for YOU!

ADW 350ml 

ADW 500ml   new!

ADW 600ml

ADW 1.5L 

ADW 18.9L

Bagi dealer-dealer dan pelanggan yang berminat untuk membuat label air minuman sendiri,
kami boleh tolong. Sebab kami juga berpengalaman dalam menyediakan air minuman label persendirian (OEM) kepada hotel-hotel, serta agensi-agensi awam dan juga swasta.

Sila hubungi kami di talian 09-6161180,
atau e-mail kan pertanyaan anda ke: adwmktg@yahoo.com

In Sha Allah, kami tidak akan kecewakan anda.  Semoga segala usaha dan kerja kita mendapat keberkatan daripada Allah swt. Kerja juga ibadat, jadi...

Mulakan pekerjaan anda dengan lafaz BISMILLAH.

Thursday, 14 February 2013

New Product: ADW 500ml

Assalamualaikum....

ADW Marketing Sdn Bhd akan mengeluarkan produk air minuman 500ml, dimana sebelum ini kami telah mempunyai produk seperti:

~ADW 350ml
~ADW 500ml  new!
~ADW 600ml
~ADW 1.5L
~ADW 18.9L

Tanpa anda, siapalah kami. Terima kasih atas sokongan. 

Gambar: Botol ADW 500ml yang baru sahaja di blow.

Program My Beautiful Malaysia

Awal Februari lalu, satu program telah diadakan oleh YAB Dato' Seri Najib (PM kita). Program My Beautiful Malaysia namanya. Matlamat program ini adalah supaya semua rakyat Malaysia bersatu-padu mengambil bahagian untuk bergotong-royong membersihkan satu Malaysia. Negeri T'ganu Kite pun tidak ketinggalan. Syarikat Air Terengganu (SATU) telah menyumbangkan beribu-ribu botol air minuman ADW kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu juga tidak ketinggalan mendapatkan air minuman ADW untuk sama-sama menyokong dan menjayakan Program My Beautiful Malaysia 2013. Cayalah!


SAYANGI   M.A.L.A.Y.S.I.A

BISMILLAH... DENGAN NAMA ALLAH...


WAKTU...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, itu membuatkan hidup terasa bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya...

#UNTUK RENUNGAN BERSAMA.



Wednesday, 13 February 2013

ADW Berwajah Baru (Part I)

Mari kita lihat ADW yang sudah berwajah baru. (Belum 100% siap)


Gambar atas: Di pintu masuk utama, laluan telah di turap semula, dan tembok konkrit telah siap dibina. Pintu masuk kedua yang baru dibina pula telah ditanam dengan BLC dan disimen sebelum diturap untuk memastikan laluan ini mampu menampung bebanan lori.




Penubuhan Ahli Jawatankuasa JKKP ADW 2013

Assalamualaikum.

Sepertimana tahun 2012 yang lalu, ADW Marketing Sdn Bhd telah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran bagi memastikan persekitaran bekerja adalah selamat dan sihat, di mana ianya bersesuaian dengan visi kita iaitu: 

BUDAYA KERJA SELAMAT DAN SIHAT


ADW Marketing juga telah dijadikan 'anak angkat' oleh JKKP Terengganu. Bersama-sama kita menggunakan peluang ini untuk maju setapak ke hadapan dengan menjadi organisasi contoh dalam mewujudkan persekitaran bekerja yang selamat dan sihat.





Popular Posts